Baby / Child car seat: Selamatkah anak anda dalam perjalanan?

memilih baby / child car seat
(foto: lutonairporttaxis.co.uk)


Menurut statistik Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malayia (MIROS), kanak-kanak merupakan golongan yang menyumbangkan peratusan tertinggi maut dalam kemalangan jalan raya. Pada tahun 2011,  sebanyak 43.8% kes maut kemalangan jalan raya melibatkan kanak-kanak berumur antara 1-4 tahun manakala 30.2% melibatkan kanak-kanak berumur antara 5-9 tahun. Pada tahun 2013, seramai 59 orang bayi berumur kurang daripada setahun meninggal dunia akibat kecederaan yang dialami akibat kemalangan jalan raya.

Apa yang menyedihkan, kebanyakan kejadian yang berlaku adalah disebabkan bayi dan kanak-kanak tidak diletakkan di kerusi kereta khas (baby/child car seat). Ini menyebabkan mereka mudah tercampak apabila kemalangan berlaku.

Pada tahun 2010, ujian kemalangan yang dijalankan oleh MIROS mendapati orang dewasa tidak mempunyai kekuatan untuk menahan bayi atau kanak-kanak daripada terhumban ke jadapan ketika berlaku perlanggaran pada tahap kelajuan tertentu. Bahkan, pada kelajuan kenderaan 50 kilometer sejam sahaja, seorang bayi seberat 7kg boleh terhumban ke hadapan dan mengalami impak seorang dewasa yang jatuh dari tingkat lima sebuah bangunan. Menakutkan, bukan?

Apakah peranan baby/child car seat dalam mengurangkan statistik ini?

Kajian di Amerika Syarikat mendapati penggunaan kerusi kereta kanak-kanak membolehkan risiko kecederaan dan kematian bayi dapat dikurangkan sehingga 70% dan bagi kanak-kanak sehingga 80%. Di Jerman, kadar kematian bayi dan kanak-kanak akibat kemalangan jalan raya berkurangan sehingga 75% setelah penguatkuasaan undang-undang pemakaian kerusi kereta kanak-kanak.

Jelas di sini bahawa penggunaan baby/child car seat adalah amat penting dalam mengurangkan risiko kecederaan dan kematian bayi dan kanak-kanak akibat kemalangan jalan raya. Memang benar malang tidak berbau, namun, yang pastinya, tiada ibu bapa yang akan memandang kecil perihal keselamatan anak-anak mereka. 
3. Portable child car seat: Waspada killer car seat di pasaran.


Jika anda sedang mencari baby/child car seat, anda boleh melihat pilihan car seat yang pelbagai di motherhood.com.mysebuah kedai online Malaysia yang menjual pelbagai barangan keperluan ibu dan bayi yang berkualiti dan dipercayai. 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan