Resepi kanak-kanak: Cornflakes Madu / Honey Cornflakes

Ramai kanak-kanak seronok bila dibenarkan bereksperimen di dapur. Tak kira lelaki atau perempuan, ramai yang excited bila melakukan aktiviti memasak.

Memang seronok melayan kerenah anak-anak, sungguhpun tahu akan sakit mata juga melihat dapur selepas mereka beraktiviti. Maklumlah bila anak-anak ke dapur, kebiasaannya tunggang-langgang juga dapur dibuatnya. Sebab itu, saya suka memilih resepi-resepi mudah untuk mereka bereksperimen. Salah satu resepi kegemaran saya untuk aktiviti dapur anak-anak ialah resepi honey cornflakes. Cuma 4 bahan yang diperlukan, dan memang amat mudah untuk dibuat.


Resepi Cornflakes Madu / Honey Cornflakes Recipe

Bahan-bahan:

masakan kanak-kanak
Bahan-bahan


1. 4 cawan cornflakes
2. 1/3 cawan gula kastor
3. 90g butter
4. 2 sudu besar madu




Proses menimbang butter








Aktiviti menyukat bahan-bahan dilakukan sepenuhnya oleh anak-anak. Di samping memasak, dapatlah juga mengajar mereka serba-sedikit konsep matematik dalam bentuk praktikal. Kata orang, sambil menyelam minum air. Kali pertama mereka menyukat, bertabur jugalah gula dan bertempek-tempek juga butter di atas meja.







Cara membuat:

1. Cairkan butter, gula dan madu. Ini adalah satu-satunya perkara yang saya lakukan. Belum berani menyerahkan tugas ni pada mereka.

masakan kanak-kanak
Butter, gula dan madu sedang dicairkan

2. Campurkan bahan-bahan yang dicairkan ke dalam bekas berisi cornflakes
3. Gaul rata bahan yang dicairkan dengan cornflakes

chef kanak-kanak
Proses menggaul kesemua bahan
4. Sudukan campuran ke dalam cup kertas. Saya sengaja menggunakan cup untuk membuat cupcake. Besar sikit saiznya, lebih mudah untuk anak-anak.

masakan kanak-kanak
Sibuk menyudukan campuran cornflakes
5. Panaskan oven 150 darjah celcius
6. Bakar selama 10 minit

masakan kanak-kanak
Proses membakar


Itu sahaja. Senang, bukan? Kalau anda suka, boleh dihias dengan bijan, hirisan ceri atau apa-apa saja mengikut kreativiti anda.


Honey cornflakes yang telah siap dibakar 


Simple dan anak-anak sukakan rasanya!


masakan kanak-kanak
Hasil air tangan anak-anak


Boleh dihidangkan sebagai hidangan minum petang atau dijadikan bekalan ke sekolah untuk dimakan sebagai snek. Selamat mencuba!


Lain-lain resepi kanak-kanak untuk dicuba: Easy-peasy chocolate cupcake


Jika anak-anak anda gemar aktiviti memasak, mereka juga boleh menyertai kelas memasak untuk kanak-kanak seperti yang diadakan di Learning Fresh, Petaling Jaya. Learning Fresh kini mengadakan promosi potongan harga untuk kelas Little Chef Enrichment di sini (tawaran berakhir 10 Mac 2018).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan